Pek Berbuka Puasa : NKMH Dan Pertubuhan Ad Deen Rai Rakan Jalanan di Chow Kit
NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH) telah bekerjasama dengan Pertubuhan Ad Deen untuk menyantuni lebih 300 rakan jalanan dengan mengedarkan lebih daripada 300 pek makanan untuk berbuka puasa baru-baru ini.Menurut Pengarah Operasi NKMH, Muhamad Hafiz Che Yahaya, ini adalah salah satu inisiatif daripada program tanggung jawab sosial korporat syarikat turun padang dan membantu golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan kali ini.